Sunday 25 October 2015

Filled Under:

SAYU!! DETIK PERSEMADIAN EMPAT MURID ORANG ASLI YANG DITEMUI MATI SELEPAS HILANG SEJAK 23 OGOS LALU..



## Gua Musang: Empat murid Orang Asli yang ditemui mati selepas hilang di Hutan Rizab Balah, di sini sejak 23 Ogos lalu selamat dikebumikan di Kampung Penad, di sini, kira-kira 2 petang tadi....

Mangsa, Ika Ayel, 9, Haikal Yaakob, 8, Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, dikebumikan bersebelahan satu sama lain mengikut istiadat pengebumian kaum Orang Asli Temiar....

Terdahulu, keluarga semua mangsa berkumpul di Hospital Gua Musang (HGM) untuk menuntut jasad dan rangka mangsa dibantu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), polis dan RELA pada 10 pagi....

Perjalanan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk tiba di perkampungan berkenaan yang jaraknya 70 kilometer dari bandar Gua Musang....

Empat mangsa sebelum ini hilang bersama tiga lagi rakan yang dua daripadanya iaitu kakak Haikal, Norieen, 10, dan Miksudiar Aluj, 11, ditemui hidup....

Mereka hilang selepas melarikan diri dari asrama Sekolah Kebangsaan T0hoi, di sini.
Bagaimanapun, pada hari ke-46 kehilangan, mayat pertama ditemui diikuti penemuan rangka dan dua murid yang masih hidup itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu....

Operasi pencarian kini tertumpu kepada se0rang lagi mangsa iaitu Sasa Sobrie, 8....


Sumber :  http://www.hmetro.com.my/




0 comments:

Post a Comment