Thursday 6 July 2017

Filled Under:

Status whats app undang pilu .. Is maut tersepit kemalangan di hari perkahwinan kakak (10Gambar)

Ayer Hitam : Status whats app undang seorang pemuda yang amat sedih berakhirnya ramadan kali ini seseolah diri nya tahu akan pergi buat selamanya dan tidak akan berjumpa di ramadan akan datang.
Isa Arrahman seorang insan yang dikasihi rakan-rakan dan keluarga maut apabila kereta dipandu nya bertembung lori, arwah maut tersepit didalam kereta ketika kemalangan itu.
Apa yang paling memilukan pada hari kejadian seluruh keluarga is sedang berkumpul di majlis perkahwinan kakanya yang sedang berlangsung pada hari tersebut.







 

Apa yang berlaku mengundang pilu seluruh keluarga dan ayah arwah terpaksa menghentikan sementara majlis tersebut setelah mendapat berita sedih itu.
Harian Metro melaporkan pemandu Proton Saga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer 7 Jalan Ayer Hitam - Yong Peng Johor 4.20 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa dikenali sebagai Isa Arrahman Bin Misran, 23, maut serta merta di tempat kejadian.
Beliau berkata, mangsa cuba memotong sebuah lori, namun gagal hingga bertembung dengan sebuah lori lain.
"Mangsa dari Ayer Hitam menghala Yong Peng gagal memotong sebuah lori hingga menyebabkan tiga lori lain terbabit dalam nahas itu.
"Pemandu lori berkenaan terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. semoga roh nya dicucuri rahmat dan keluarga nya tabah dengan apa yang berlaku,  Jenzah akan solat jenazah di masjid Sultan Ibrahim Ayer Hitam sebelum disemadikan.Al fatihah




0 comments:

Post a Comment