Wednesday 25 November 2015

Filled Under:

LUAHAN SAYU!! DATUK SERI SHAH REZZA.. Pelakon Popular Era 80-an.. Di KRITIK Berlakon WATAK "PAK GUARD"..


## Pelakon era 80-an, Datuk Seri Shah Rezza menganggap watak pengawal keselamatan yang dilakonkannya dalam drama Tuan Anas Mikael  tidak merendahkan statusnya sebagai bintang senior dan seorang yang disegani.

##Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah yang juga Pengerusi Festival Fesyen Islam (IFF) berkata, sebagai seorang pelakon dia lebih teruja apabila diberi tanggungjawab untuk membawakan watak yang tidak berkaitan dengan diri dan kehidupannya di luar....

“Apa salahnya jadi pak guard? Bagi saya, melakonkan watak yang berlainan dengan diri kita adalah erti pelakon sebanar. Saya tidak kisah dan bersedia diberikan apa sahaja watak....

“Kalau dilihat sejak saya aktif sekitar 80-an pun watak saya hanya watak pembantu sahaja bukan watak-watak besar pun. Jika dikatakan tidak sesuai atau setaraf dengan kedudukan saya sekarang itu adalah silap kerana saya tidak pernah membezakan taraf kehidupan saya dengan orang lain,”ujarnya mengulas tentang wataknya sebagai pengawal keselamatan bernama Pak Hamid dalam drama Tuan Anas Mikael.....

## Sementara itu, Shah Rezza berkata, drama tersebut merupakan antara drama yang dilakonkannya selepas mengambil keputusan untuk aktif semula dalam industri seni tahun lalu.....



Dalam pada itu, Shah Rezza berkata, tiada isu tentang dia merendahkan tarafnya apabila membawakan watak tersebut berikutan keputusan memasuki dunia seni ketika usia 14 tahun lalu juga langkah yang dipilih untuk tidak menonjolkan statusnya sebagai kerabat diraja dari Kelantan. Katanya, ketika itu, dia tidak mahu memakai nama sebenar bagi mengelakkan rasa pilih kasih segelintir pihak terhadap dirinya.....

“Pada usia 14 tahun ketika itu saya duduk di Istana Negara, saya minta untuk menceburi bidang peragaan dan seni dan ibu saya nasihatkan agar tidak guna nama sebenar. Saya mahu dikenali dengan nama Shah Rezza sahaja supaya kawan-kawan dan orang sekeliling saya tidak memberikan kelebihan kepada saya hanya kerana saya kerabat diraja,” ujarnya....

## Dalam pada itu bercerita tentang kemunculan semula dalam dunia lakonan, Shah Rezza berkata, ia adalah peluang baginya untuk bekerjasama dengan pelakon-pelakon baharu.....

## Selain itu, Shah Rezza berkata, dia terpaksa membahagikan masa lakonannya dengan penganjuran Festival Fesyen Islam (IFF) yang kini sudah memasuki tahun kesepuluh.....


Sumber >> http://www.viralberita.com/




0 comments:

Post a Comment