### Astro Bakal Saman Nabil Rajalawak Kerana Lawak Yang Melampau?
PETALING JAYA: Pihak pengurusan Astr0 telah bertemu dengan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad bagi membincangkan isu berhubung tindakannya mempersendakan kumpulan Caliph Buskers semasa berlangsungnya minggu pertama program Gegar Vaganza 2 yang bersiaran pada 18 Oktober lalu....
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata, pada pertemuan itu pihaknya menagur Nabil agar lebih sensitif dan berhati-hati ketika membuat lawak terutamanya menerusi program yang disiarkan secara langsung kendaliannya....
"Kami telah panggil Nabil dalam satu sesi baru-baru ini dan memintanya lebih berhati-hati dalam membuat lawak ketika mengendalikan program siaran langsung....
"Sebagai pengacara Nabil perlu lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling biarpun dia tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak," katanya kepada mStar Online....
Terdahulu Nabil dalam satu kenyataan kesal dengan tindakannya itu dan telah pun meminta maaf secara peribadi kepada kumpulan tersebut selain tidak berniat untuk mempermainkan kecacatan dialami mereka....
>> Dalam rancangan itu, semasa giliran Zul (Handy Black) membuat persembahan, Nabil telah bertanya mengenai lukisan di atas pentas dan dia telah menyamakan karya itu dengan kumpulan Caliph Buskers yang mana ahli-ahlinya adalah cacat penglihatan...
Kumpulan Caliph Buskers dianggotai oleh Azmi Saat (vokalis), Nirwan (pemain gitar), Zaki (pemain gitar/vokalis), Fendy (caj0n/vokalis), Rubiana (shaker/vokalis)....
>> Dalam pada itu, Raqim berkata, kemunculan Nabil bersama alatan penapis ketika mengendalikan Gegar Vaganza 2 pada Ahad lalu adalah satu peringatan dan simb0lik kepada pengacara itu agar lebih berhati-hati sebelum bercakap sesuatu.....
Sumber : http://ceritamustika.blogspot.my/
0 comments:
Post a Comment