Tuesday, 27 October 2015

Filled Under:

WOW!! Datuk Vida - ADA 10 CROWN... Paling MAHAL RM 100K ???



## Program Gegar Vaganza musim kedua telah mendapat sambutan yang sangat hangat.  Buktinya minggu kedua lalu, beberapa buah kerusi banquet telah dibawa masuk ke dalam dewan untuk menampung jumlah penonton yang terlalu ramai.  Sementara di bahagian atas pula terdapat penonton yang rela duduk di atas tangga asalkan dapat menonton persembahan tersebut secara live......


>> Sambutan hangat ini adalah kerana kelab-kelab penyokong artis yang bertanding yang memberikan sokongan padu terhadap artis kegemaran mereka.  Selain itu, pengacaranya Nabil, Jihan dan juri Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim turut mempunyai peminat masing-masing.  Juga jangan tidak tahu, penaja utama program tersebut, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Vida turut mendapat tepukan yang amat gemuruh sebaik masuk ke dalam dewan......


Sesuatu yang menarik tentang Datuk Vida ini adalah crown (tiara) yang dipakainya.  Setiap minggu, Datuk Vida akan memakai crown yang berlainan dan setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri.....


>> “Cr0wn yang saya pakai ini harganya paling mahal adalah dalam RM100 ribu lebih.  Manakala yang murah pun harganya adalah dalam lingkunganRM10K lebih.  Setakat ini saya ada 10 crown yang ditempah di Hong Kong.  Dah jadi hobi saya suka kumpul dan pakai crown ini sejak lima tahun lalu. Angan-angan nak jadi puteri raja.  Kena pula dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah.....


“Saya biasanya pakai crown ini semasa prom0si produk-produk saya atau ada event-event  tertentu yang memerlukan saya tampil menarik.  Jadi kenalah saya pakai crown yang senang suai padan dengan baju-baju,” ujarnya jujur.
Datuk Vida juga mendedahkan dia mempunyai cita-cita untuk memiliki kedai emasnya sendiri suatu hari nanti......


“Saya minat sangat dengan barang-barang kemas tetapi saya sibuk sangat sampai tak ada masa.  Jadi saya terpaksa tangguhkan dahulu sehingga saya bersedia kelak,” katanya lagi.....


Bercerita mengenai program Gegar Vaganza pula, Datuk Vida sangat gembira dengan penerimaan peminat yang di luar dugaan itu.  Beliau juga berharap agar produknya Qu Puteh dan Pam0ga dapat diterima oleh semua rakyat Malaysia kerana baginya pr0duk-produknya itu berkesan.....


SUmber :  http://www.mediahiburan.my/




0 comments:

Post a Comment