Thursday, 22 October 2015

Filled Under:

SAYU!! KELUHAN ACHEY - "Saya Ingin Menjaga hati isteri......"



## KUALA LUMPUR: Pelawak Achey mengakui sering dibelenggu persoalan mengenai cahaya mata, namun beliau enggan terlalu berharap dan menganggap ia sebagai rezeki. Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 29, berkata, beliau dalam masa yang sama ingin menjaga hati isterinya, Nor Hasanah Yahaya, 25, yang turut sering diajukan s0alan begitu...

 "Saya anggap ia sebagai lumrah kehidupan yang mana soalan seperti bila hendak berumah tangga dan bila hendak mendapat anak kerap kali diajukan. "Siapa yang tidak inginkan anak? Namun begitu, saya enggan terlalu memikirkan perkara itu dan menyerahkan semuanya kepada Allah. Kami sentiasa berdoa agar dapat menimang cahaya mata namun tidak perlu tergesa-gesa. "Lagipun, kami baru saja berkahwin selama empat tahun. ...
.
Mungkin sudah tertulis untuk kami meluangkan lebih banyak masa bersama. "Dalam masa yang sama, saya ingin menjaga hati isteri agar tidak tersinggung dengan asakan s0alan berhubung hal anak," katanya kepada BH Online. ...

Achey berkata, mereka sudah mendapatkan nasihat d0ktor mengenai perkara itu dan memaklumkan beliau dan isterinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menimang cahaya mata. Katanya, doktor turut menyarankan isterinya untuk tidak melakukan senaman dan kerja berat....

"Buat masa ini, sebarang perancangan untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat belum lagi dibincangkan. Kehidupan saya dan isteri sering kali diserikan dengan kehadiran anak-anak saudara yang masih kecil," katanya...

Sementara itu, Achey turut mengulas kritikan mendakwa suaranya menjadi bingit apabila teruja berlawak di atas pentas. "Saya tidak dapat berbuat apa-apa jika ada yang menganggap suara saya seperti bingit kerana saya hanya menjadi diri sendiri....

 "Saya juga tidak ambil hati kerana tahu bukan semua 0rang suka pada kita. Jadi saya menerima kritikan itu dengan hati terbuka," katanya.




Sumber :  http://www.bharian.com.my/




0 comments:

Post a Comment