Sunday, 25 October 2015

Filled Under:

SAYU!! RINTIHAN ANK KECIL - “Ayah bangunlah, sudah lama ayah baring”


##Kuantan: “Ayah bangunlah, sudah lama ayah baring,” itu rintihan dua anak kecil, Nur Syajidah Za Ismail, 5, dan kakaknya, Nur Syamimi, 7, kepada bapa mereka, Za Ismail M0hamad, 43, yang terlantar koma sejak dua tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam otak....

Bapa saudara mereka, Abdul Hamid M0hamad, 52, berkata, dua beradik itu faham dengan keadaan bapa mereka dan berkata demikian disebabkan terlalu rindu dengan belaian manja daripada bapa kandung.....

“Anak saudara saya itu tinggal bersama nenek mereka di Indera Mahkota 2, di sini, namun tidak pernah terlepas untuk menjenguk bapa mereka setiap hujung minggu dan selalu bercakap dengannya....

“Paling menyentuh perasaan apabila dua beradik itu meminta bapa mereka bangun dan bermain dengan mereka kerana sudah lama tidak berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Al0r Batu, di sini, semalam....

Menurutnya, mereka sekeluarga sayu melihat keadaan dua beradik itu yang terlalu dahagakan kasih sayang bapa sendiri dan lebih menyedihkan apabila kedua-dua 0rang tua mereka bakal berpisah.....


Sumber :  http://rotihot.blogspot.my/





0 comments:

Post a Comment