Diluahkan oleh seorang bakal pengantin kepada pesona pengantin dan ditulis semula untuk bacaa dan pendapat serta kritikan dari semua untuk menambahbaik nilai kehidupan beliau , bantu dan berikan jalan idea yang terbaik :)
Salam Pesona Pengantin, saya cuma nak luahkan perasaan saya. Saya dah bertunang, baru 29/11/2015 haritu. Saya bertunang dengan 'ex boyfriend' saya juga. Dia dulu pernah tinggalkan saya sekali masa tahun 2013. Masa tu kita orang dah 'couple' 2 tahun. Tapi dia tiba-tiba minta putus sebab dia dah ada orang lain. (Girlfriend dia sekarang)
Sepanjang kita orang putus, saya tak pernah 'couple' dengan sesiapa. Setakat kawan-kawan biasa je dengan mana-mana lelaki. Tapi tahun 2015 sebelum puasa, dia datang cari saya balik. Mulanya saya berat nak layan, sebab masa tu dia dah ada 'girlfriend' yang sekarang ni. Dia ada datang rumah, sampaikan mak saya halau dia tapi dia tetap datang. Ikut je saya kemana saya pergi. Sampaikan hati saya sejuk bila tengok kesungguhan dia. Saya cakap kita orang cuma boleh berkawan sebab dia dah ada 'girlfriend', dan saya hormati perhubungan mereka.
Tapi tak lama lepas tu, puasa yang ke 7, dia datang cari saya lagi. Dia cakap nak masuk meminang saya. Saya terkejut dengan keputusan dia memandangkan saya tahu status dia. Tapi dia kata dia dah lama putus dengan 'girlfriend'. Saya ambil masa yang lama untuk fikir. Saya takut mak tak setuju sebab saya tahu mak saya dah tak suka dengan dia bila dapat tahu apa yang dia dah buat dulu. Tapi saya perlahan-lahan suruh dia ambil hati mak saya sampaikan mak saya setuju. Kemudian, kita orang 'declare' tarikh pertunangan 29/11/2015.
Tapi saya tak sangka, genap 31/12/2015 dia minta putuskan pertunangan demi untuk 'Girlfriend' lama dia. Dan sekali lagi dia nak tinggalkan saya demi perempuan tu. Alasannya masih belum bersedia. Sedangkan dulu dia yang ambil keputusan untuk bertunang. Dia yang cari saya!.
Saya takut untuk beritahu keluarga, saya ambil keputusan untuk diamkan diri dulu. Berlakon macam tak ada apa yang berlaku. Cuba untuk memperbaiki hubungan tapi saya tak tahu patut ke saya terus menagih kasih dia?. Sedangkan 'girlfriend' dia sendiri 'warning' saya jangan ganggu lagi 'boyfriend' dia (sedangkan 'boyfriend' dia tu tunang saya). Saya takut untuk berterus terang. Apa yang patut saya buat sekarang?.
42
0 comments:
Post a Comment