Lelaki peniaga kain warga Pakistan yang mana kemaluannya dipotong oleh isterinya, seorang wanita warga tempatan, berada dlm keadaan stabil dan 'anunya' berjaya disambung semula. Sampai Dihospital Baru Saya Teringat Anu Saya Tertinggal Dirumah bunyi macam kelakar tapi itulah hakikat yang perlu diterima.
“Saya terjaga daripada tidur selepas berasa sakit yang teramat sangat di kemaluan dan melihat banyak darah.
“Saya segera hubungi anak saudara dan kami ke balai polis berhampiran. Anggota polis kemudian menghantar saya ke hospital (Jempol) sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya sebagaimana lapor portal berita Harian Metro.
-Menurut lelaki berusia 41 tahun itu, kemaluannya dipotong sehingga putus oleh isteri keduanya yang berusia 51 tahun itu menggunakan pisau cukur dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, Jempol semalam.
Menurutnya juga, dia berjalan dalam keadaan darah menetes dan ketika itu isterinya hanya melihat sahaja.
Menurut lagi, kemaluannya yang putus itu tertinggal di rumah kerana dia panik dan kemudian diambil oleh anggota polis untuk dibawa ke hospital bagi proses penyambungan semula.
"Saya masuk ke bilik pembedahan di HKL pada 12.30 tengah hari dan sedar selepas pembedahan itu selesai.
"Alhamdulillah, saya okay selepas bedah. Kemaluan berjaya disambung semula," katanya kepada portal berita tempatan itu.
Menceritakan semula apa yang terjadi, lelaki terbabit berkata isterinya itu enggan tidur dibilik yang sama dengannya.
"Saya tidur sebentar dan bila saya terbangun, saya lihat dia duduk di luar.
"Saya tanya dia kenapa dua tiga hari ini bila saya masuk bilik, dia keluar seperti mengelak saya, tetapi dia tidak jawab pertanyaan saya," katanya.
Lelaki itu berkata selepas itu dia tidur sebelum kemaluannya dipotong sambil menambah dia berhasrat untuk menceraikan isteri keduanya itu apabila dia sihat nanti.
"Saya akan ceraikan dia. Selepas ini saya tidak tahu lagi sama ada ingin pulang ke Peshawar, Pakistan atau terus mencari rezeki di Jempol.
"Isteri pertama saya dan keluarga ada di sana (Pakistan). Mereka sedih dengan kejadian yang menimpa saya," katanya yang juga bapa kepada tiga orang anak hasil dengan isteri pertama.
Menurutnya juga, dia mengahwini isteri keduanya itu selepas perkenalan ketika berniaga kain di sekitar bandar Jempol.
“Niat saya pada awal hanyalah ingin berdakwah dan mengajar wanita yang juga seorang janda beranak lima itu mengenai Islam.
“Wanita itu kemudiannya menyatakan hasrat untuk memeluk Islam dan saya membawanya ke Pejabat Agama Islam Daerah Jempol. Kami kemudiannya berkahwin dua hari selepas wanita itu memeluk Islam,” katanya.
Tambah lelaki itu lagi, kehidupan rumah tangganya hanya indah selama dua bulan sebelum ia bermasalah.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa dilaporkan stabil setelah pembedahan selama 15 jam.
"Dia menjalani pembedahan selama 15 jam dan keadaannya stabil. Saya difahamkan oleh pihak hospital (kemaluannya) berjaya disambung.
“Suspek (isteri kedua mangsa) kini ditahan reman selama tujuh hari (bermula semalam). Kita akan lengkapkan siasatan untuk pendakwaan," katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment