Sunday, 17 January 2016

Filled Under:

Negara Barat Bersiap Sedia Untuk Berhadapan Dengan KIAMAT , DI SINILAH MEREKA MENYIMPAN STOK MAKANAN UNTUK PERSEDIAAN HARI KIAMAT (10 GAMBAR)



Norway telah melancarkan tempat simpanan kebal atau bank biji benih tanaman dari seluruh dunia dengan kemampuan bertahan daripada sebarang bentuk bencana alam dan serangan nuklear untuk kegunaan manusia pada masa depan.

Tempat simpanan itu yang dikenali sebagai Svalbard Global Seed Vault letaknya jauh ke dalam batu gunung berais kira-kira 1,000 kilometer dari Kutub Utara dan mampu bertahan dalam keadaan beku sehingga 200 tahun sekiranya berlaku senario terburuk pemanasan global ataupun kegagalan mekanikal dalam sistem penyejukan, kata para pegawai.




Pada peringkat awal sebanyak 100 juta biji benih daripada lebih 100 negara dunia telah dihantar ke ke tempat simpanan yang bernilai AS$10 juta (AS$32 juta) yang menyimpan sebanyak 268,000 contoh biji benih, masing-masing dari ladang yang berbeza.

‘‘Kepelbagaian biologi dunia kini diancam oleh bencana alam dan juga dar pada perbuatan manusia.



Tempat simpanan yang dipanggil peti besi kebal dunia kiamat, terletak di kepulauan Svalbard, di luar bahagian puncak utara Norway menyediakan sokongan kepada bank- bank gen biji benih di seluruh dunia.

Biji benih yang disimpan merupakan tanaman yang menjadi makanan ruji negara-negara di Afrika, Asia seperti beras, jagung, gandum, kacang duduk dan betari sehinggalah tanaman yang hidup di Eropah dan juga di Amerika Utara seperti terung, selada, barli dan kentang. - Blogmazeer









1 comments:

Gedohom said...

depa ni cuba nak atasi kuasa Allah SWT, hehehe

Post a Comment