Tuesday, 22 September 2015

Filled Under:

Menarik!! 18 Gambar Perkahwinan Artis Tanah Air Sepanjang Tahun 2015

##Perkahwinan menyatukan 2 jiwa menjadi satu. selepas menempuh berbegai rintangan dalam perkenalan akhirnya diijabkabulkan sebagai pasangan pengantin. 

#Perkahwinan selebriti terkemuka negara antara yang sering mendapat perhatian masyarakat. Jadi Jom kita selongkar selebriti yang melangsungkan perkahwinan di sepanjang tahun 2015!! 


 Hanez Suraya & Romie Razin
14 Mac 2015


# Hanez Suraya telah sah menjadi isteri Romie pada jam 11.25 pagi Sabtu,14 mac 2015 di Masjid Putra,Putrajaya hanya dengan sekali lafaz. Aktres tersebut telah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala wang hantaran pula telah dirahsiakan jumlahnya....


Shamsul Baharin & Siti Elizad
11 Jan 2015


# Berita tentang pernikahan pelakon yang semakin popular semenjak membintangi drama Teman Lelaki Upahan ini mendapat perhatian ramai selepas beliau mengakui bukan sengaja mahu merahsiakan rumahtangga yang dibina sejak Januari lalu. Siti Elizad dan Shamsul Baharin Rahman telah selamat diijabkabulkan pada bulan 11 Januari yang lalu yang disempurnakan bapa pengantin perempuan sendiri, Mohd Sharifuddin Baharuddin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM777, tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan dari pihak perempuan. Manakala, wang hantaran pula dirahsiakan. ..


Azri AF9 & Salma Mentor 5
31 Jan 2015


# Tahniah diucapkan kepada bekas juara 'Mentor 5' Salma apabila telah selamat bergelar isteri dengan kekasihnya, Azri AF9 pada 31 Januari 2015.Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Al Kautsar, Tawau Sabah tepat jam 11 pagi...

Salma yang berwakil walikan bapanya menerima mas kahwin bernilai RM300 berserta wang hantaran berjumlah RM10 ribu termasuk tujuh dulang hantaran. Sementara itu, Salma membalas dengan sembilan dulang hantaran...


Zul Huzaimy & Nur Ernawati
20 Feb 2015


# Tahniah buat Zul Huzaimy dan juga Nur Ernawati di atas penyatuan dua hati ini yang berlangsung pada 20 Februari lalu. Sungguh manis kami lihat gambar pasangan ini di hari bahagia mereka...

Zul Huzaimy pada majlis tersebut sentiasa ditemani oleh anaknya, Awal Haziq hasil perkahwinan dengan bekas iterinya, Nor Dalilah Muhammad sebelum mereka bercerai pada 1 Julai 2010...


Fadzil Zahari & Yana Samsudin
13 Feb 2015


# Fadzil Zahari & Yana Samsudin selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.Mengambil tempat di kediaman keluarga pengantin perempuan di Yong Peng, Johor pasanganYana Samsudin dan Fadzil Zahari selamat diijabkabul dalam satu majlis sederhana yang diadakan selepas solat Jumaat hari ini. Mereka dinikahkan oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalars...

Pihak lelaki telah menyediakan lima dulang hantaran manakala pihak perempuan telah membalas dengan tujuh dulang hantaran. Pihak lelaki telah menyediakan mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran sebanyak RM50,000 sebagai pelengkap hantaran...


 Idris Koh keng Hui & Najwa Mahiaddin
26 Mac 2015


# Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi, Najwa Mahiaddin yang dijadualkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya, Idris Koh Keng Hui pada 26 Mac ini di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya...

Malah menurut sumber, kad jemputan juga telah diedarkan kepada tetamu Najwa dan Idris sebelum ini telah melangsungkan majlis pertunangan pada 8 Disember tahun lalu dengan rombongan pihak lelaki membawa tiga dulang berbalas lima daripada pihak perempuan...


 Amir Raja Lawak & Nur Syafinaz
14 Mac 2015


# Difahamkan Amir dan isterinya, Nur Intan Syafinaz diijabkabulkan pada 14 Mac 2015 secara sederhana kediaman pengatin perempuan dia Kampung Kubu Gajah...


 Fad Bocey & Nur Syahirah
14 Mac 2015


# Alhamdulillah. Setelah bergelar tunangan selama beberapa jam, terkini Fad Bocy dan gadis pilhannya telah pun selamat  bergelar suami isteri. Bertempat di Jitra, Kedah, pasangan sejoli itu tampak manis dengan persalinan serba putih...


Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar & Sarimah Ibrahim
2 April 2015


# Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim kini sudah bergelar isteri kepada cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie kira-kira jam 12.28 tengah hari 2 april 2015..


Taufik Batisah & Sheena Akbal
4 April 2015


# Tahniah kami ucapkan kepada Taufik Batisah kerana telah selamat bergelar suami kepada Sheena Akbal dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada hari ini. Taufik telah dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan dengan sekali lafaz sahaja...


 Sam Bunkface & Aida Azira
26 April 2015


# Sam Bunkface telah selamat bergelar suami kepada Aida Azira dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sapura Building, The Mines hanya dengan sekali lafaz...

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Al-Islam Serdang Jaya, Ustaz Mohd Ramizi. Pengantin lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin perempuan...

Aida telah menerima mas kahwin berjumlah RM 1000, senaskah Al-Quran, sebentuk cincin, sehelai sejadah dan sepasang set telekung. Pihak lelaki pula dibalas dengan sebentuk cincin,snaskah Al-Quran dan sehelai sejadah...


Fahrin Ahmad & Elena Hani Eleas
9 Mei 2015


# Dengan hanya sekali lafaz sahaja Elena Hani Eleas sah jadi isteri Fahrin Ahmad tepat jam 10:40 pagi di Pusat Konvensyen Darby Bukit Kiara di hadapan Ustaz Shahriman Ali Pitchay yang merupakan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Elena Hani Eleas merupakan seorang bekas peguam dan sekarang ini merupakan Pramugari syarikat penerbangan Emirates...


Shah Jaszle & Hanis Husna
1 Mei 2015


# Tahniah kami ucapkan kepada Shah Jaszle dan juga Hanis Husna kerana telah bergelar suami isteri pada 1 Mei lalu. Shah Jaszle dilihat memuatnaik gambar Hanis berpakaian lengkap dengan kapsyen ringkas, finally!!!...


Rami Alashkar & Ramona Zam zam
1 Mei 2015


# Setelah hampir dua tahun bercinta dengan jejaka dari Palestin, Rami Alashkar yang menetap di Malaysia, Pelakon filem Jengka Ramona Zamzam akhirnya selamat bergelar isteri petang 11 mei 2015 dengan hanya sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kayangan Heights, Shah Alam, Selangor. ..

Menurut Ramona dia sudah lama mengenali Rami ketika sama-sama menuntut di Kolej Segi, di mana ketika itu Ramona dalam pengajian diploma dan Rami pula sedang mengambil ijazah sarjana muda. Tambahnya, sikap Rami yang cukup menyenangkan membuatkan dia selesa bersama jejaka berusia 27 tahun itu...


Mohd Daud McKienzie & Lana Nordin
15 Mei 2015


# Setelah hampir dua tahun bercinta dengan jejaka dari Palestin, Rami Alashkar yang menetap di Malaysia, Pelakon filem Jengka Ramona Zamzam akhirnya selamat bergelar isteri petang 11 mei 2015 dengan hanya sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kayangan Heights, Shah Alam, Selangor. ..

Menurut Ramona dia sudah lama mengenali Rami ketika sama-sama menuntut di Kolej Segi, di mana ketika itu Ramona dalam pengajian diploma dan Rami pula sedang mengambil ijazah sarjana muda. Tambahnya, sikap Rami yang cukup menyenangkan membuatkan dia selesa bersama jejaka berusia 27 tahun itu...


Mohd Daud McKienzie & Lana Nordin
15 Mei 2015


# Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sah bergelar pasangan suami isteri jam 3.50 petang semalam (5 Jun 2015) dengan hanya sekali lafaz. Pasangan itu bernikah di kediaman keluarga Hanis di Rumah kediaman Hanis Zalikha di Bukit Jelutong, selepas solat Jumaat. Pasangan ini dinikahkan bapa Hanis sendiri iaitu Zainal Rashid Mohd Zain sambil disaksikan Imam Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Ustaz Mohd Syuhud Razali...


 W.A.R.I.S & Izzati Amirah
3 Ogos 2015


# Tahniah kepada Abby Abadi dan juga suami, Muhamad Faizal Zakaria yang selamat diijabkabul pada pukul 3.30 petang 14 ogos 2015 di Masjid As-Sobirin Keramat hanya dengan sekali lafaz.
- See more at: httpTahniah diucapkan kepada penyanyi Hip Hop yang terkenal dengan lagu-lagu berdialek Negeri Sembilan, Waris yang kini sah bergelar suami. Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias, 26, telah sah bergelar suami kepada Izzati Amirah Kamaruddin, 26, seorang pegawai kewangan di Menara OSK...


 Abby Abadi & Muhamad Faizal Zakaria
14 Ogos 2015


# Tahniah kepada Abby Abadi dan juga suami, Muhamad Faizal Zakaria yang selamat diijabkabul pada pukul 3.30 petang 14 ogos 2015 di Masjid As-Sobirin Keramat hanya dengan sekali lafaz...


Sumber :  http://selongkar10.blogspot.my/




0 comments:

Post a Comment