Thursday 24 September 2015

Filled Under:

SUBHANAALLAH TRAGEDI MINA...SETIAP JAM ANGKA KEMATIAN BERTAMBAH- 6 GAMBAR



Makkah: Sehingga jam 8.30 malam tadi, jumlah mangsa yang terkorban akibat tragedi rempuhan dan terpijak di Mina meningkat kepada 717 orang manakala 805 lagi cedera ketika jemaah melaksanakan rukun melontar hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang waktu Malaysia (11.30 pagi waktu Arab Saudi) di Jalan 204 penempatan jemaah di Mina, di pintu masuk ke jambatan menuju ke Jamarah iaitu tempat melontar.


Berikut ialah rentetan kemas kini dari masa ke semasa (waktu Malaysia) oleh agensi media dan Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi





8.30 malam: Twitter Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi menyatakan jumlah kematian terkini ialah 717 orang manakala 805 lagi cedera.

7.40 malam : Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi mengesahkan jumlah mangsa terk0rban meningkat kepada 453 jemaah manakala 719 lagi cedera...

6.44 petang: Setakat ini tiada jemaah haji Malaysia terbabit dalam kejadian rempuhan di Mina, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Namun, Tabung Haji sedangkan lakukan semakan bilangan jemaah haji dan lapan p-0s kawalan jemaah haji TH di Mina turut melakukan pemantauan dengan bantuan pasukan Peronda TH.
Katanya, jadual mel0ntar untuk jemaah haji Malaysia ditetapkan pada jam 5.30 petang (10.30 malam waktu Malaysia) dan 8 malam (1 pagi waktu Malaysia).

6.30 petang: Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi menggerakkan lebih 4,000 petugas perubatan termasuk 220 ambulans di lokasi rempuhan di sekitar Jalan 204, berhampiran kem di Mina.
Angka korban meningkat kepada 310 orang dan lebih 450 lagi cedera.

5:50 petang: Jumlah k0rban meningkat kepada 310 jemaah dari pelbagai negara dan lebih 450 lagi cedera.

5 petang : Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi menyatakan sekurang-kurangnya 220 jemaah haji terbunuh manakala lebuh 450 lagi cedera akibat rempuhan dan terpijak di Mina.....

sumber http://www.hmetro.com.my/





0 comments:

Post a Comment