Sunday, 16 April 2017

Filled Under:

Setelah Dituduh Cuba Membantu JDT Untuk Menjuarai Liga Super Inilah Respon TMJ Yang Membuat Nitizen Terdiam



PARA PENGADIL HARUS MENJALANKAN TUGAS MEREKA DENGAN PENUH AMANAH DAN BERINTEGRITI. SAYA JUGA ADA SEDIKIT PESANAN BUAT PENYOKONG DAN PIHAK MEDIA. (BACA BETUL-BETUL)

Saya mengarahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Jawatankuasa Integriti dan Persatu
an Pengadil yang menyiasat berkenaan pengadil dan sistem pengadilan yang lemah serta mencurigakan dalam beberapa perlawanan sebelum ini untuk menyelesaikannya dengan segera. Saya mahu siasatan terperinci dilakukan sepenuhnya dan keputusannya perlu diambil minggu ini. Jika jelas individu terbabit gagal mengadili perlawanan dengan baik, hukuman akan dikenakan dan pengadil tersebut harus direhatkan. Saya juga ingin memaklumkan jika perkara ini didapati sabit kesalahan kerana unsur rasuah, pengadil tersebut harus digantung seumur hidup. Saya juga telah memberi semua nama dan butiran pengadil bersama semua ahli yang bertugas di dalam FAM kepada SPRM supaya pihak berkuasa boleh memantau dan memastikan tiada korupsi di dalam FAM. FAM perlu memastikan sesiapa yang terlibat dengan bola sepak di Malaysia perlu menjalankan tugas dengan penuh integriti.

Dan kepada penyokong-penyokong yang mahu timbulkan isu seolah-olah saya cuba membantu JDT pula. Ingatlah bahawa JDT telah memenangi piala sebelum saya menjadi Presiden. Kalau ada pihak yang membangkitkan isu berkenaan keputusan pengadil, pihak FAM akan menayangkan video dan penyokong boleh menilainya sendiri. Jikalau penyokong masih rasa kurang senang dengan saya sebagai Presiden FAM, anda boleh menyeru ahli gabungan masing-masing untuk mengadakan Majlis Kongres dan melantik Presiden baru. Ia bukan satu masalah yang besar. Saya menjadi Presiden untuk membantu pasukan kebangsaan, meningkatkan mutu liga tempatan, memastikan bola tidak digunakan untuk agenda politik dan memusnahkan korupsi dalam bola sepak. Tetapi jika penyokong bola sepak tanah air merasakan saya bukan individu yang sesuai sebagai Presiden, anda boleh cari presiden baru. "No problem".

Cuma saya ingin bertanya sedikit, Perak mendapat penalti disaat akhir perlawanan ketika menentang T-Team, adakah silap saya? JDT dapat penalti, adakah salah saya? Sebab saya Presiden dan saya orang Johor? Selangor mendapat penalti ketika menentang Pahang, adakah salah saya juga? Kedah menerima kad merah sebab pemain mereka menumbuk kepala pemain T-Team, adakah salah saya? Lirindon cedera, adakah salah saya? Beberapa tahun yang lepas, ada pasukan sedang meraikan jaringan gol dan pihak lawan memulakan terus perlawanan lantas menjaringkan gol, adakah ia salah saya juga? 

Isu berkenaan pengadil ini, saya sudah melaluinya dan merasa peritnya bermula sejak saya tubuhkan JDT lagi. Di perlawanan akhir Piala FA, PKNS mendapat penalti kurang dari 5 minit selepas perlawanan bermula, saya telah melaluinya. Ketika kami kalah dengan Kelantan 1-4, pengadil memberikan Kelantan penalti kurang dari 3 minit selepas perlawanan bermula juga saya sudah melaluinya. Saya dan kelab-kelab lain sudah melalui perkara ini bertahun lamanya. Jadi janganlah timbulkan cerita seolah-olah perkara ini anda baru melaluinya. 

FAM pada hari ini telah memberi lebih kelebihan kepada penyokong dan pantas bertindak balas. Saya telah memastikan FAM membayar hutang kepada semua pasukan bertanding tapi tiada orang yang ambil peduli. Saya berusaha untuk memastikan pasukan bertanding dan pasukan kebangsaan ada duit tapi tiada orang yang peduli. Saya mengadakan mesyuarat exco di setiap negeri dan mengadakan sesi dengan penyokong yang tidak pernah di lakukan di dalam negara sebelum ini pun tiada orang yang peduli. Bekerjasama dengan pihak SPRM untuk menghapuskan rasuah dalam bola sepak pun tiada orang peduli. Mengapa? Ia mudah sahaja. Kerana majoriti penyokong lebih mementingkan perasaan sendiri daripada bola sepak tanah air. Bola sepak adalah milik rakyat. Beritahu saya apa yang anda inginkan. Dan itulah yang kami akan lakukan demi bola sepak Malaysia. Tapi jangan pula meminta benda-benda merepek. 

Oh ya sebelum saya terlupa. Kepada 'Sesetengah' pihak media yang saya hormati sekalian dimana suka menulis perkara negatif, gemar memutarbelitkan kenyataan saya, pihak media yang mempunyai hubungan rapat dengan Tan Sri dan menteri-menteri penuh 'integriti'. Saya janji saya akan cuba menjaga anda semua sama seperti bagaimana orang politik menjaga anda selama ini. Bagi duit sedikit, bercuti di luar negara, memberi tiket menyaksikan Piala Dunia, memberi barang-barang percuma dan belanja makan. Cuma satu sahaja yang saya tidak boleh berikan dan dari awal lagi saya ingin mengesahkannya iaitu saya tidak boleh beri awak gelaran Dato'. Itu sahaja. 

Majulah sukan untuk negara. 

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia 

Demi Bola Sepak Tanah Air
#HarimauMalaya
#TheRealHarimauMalaya
#RevolusiFAM
#EraBaharu




0 comments:

Post a Comment